Wanita Nekad Langgar Lelaki Sampai Mati, Dakwa Mangsa Cuba Lenyek Kucing Di Jalanan

30 Sep 2022 • 9:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Nekad Langgar Lelaki Sampai Mati, Dakwa Mangsa Cuba Lenyek Kucing Di Jalanan

Seorang wanita di California dilaporkan telah didakwa di mahkamah kerana menyebabkan kematian seorang lelaki dengan cara merempuh mangsa menggunakan kereta.

Menurut CBS, suspek bertindak sedemikian kerana mendakwa mangsa cuba melanggar kucing di jalanan.

Pejabat pendakwa Orange County dalam satu kenyataan berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu telah diikat jamin sebanyak RM3 juta.

Difahamkan, menurut pihak berkuasa tempatan, wanita tersebut telah memandu di kawasan komuniti Cypress dan pada masa itu juga dia telah berdepan dengan mangsa sekaligus menuduhnya melanggar seekor kucing.

Kemudian, kedua-dua mereka keluar dari kenderaan masing-masing dan dilihat bertengkar antara satu sama lain.Pertengkaran itu telah dirakam oleh Esser sendiri semasa hari kejadian.

Selepas itu, tertuduh kembali ke kereta dan bertindak nekad merempuh mangsa menggunakan bahagian depan kenderaannya.

Menurut laporan CBS News, lelaki tersebut tercampak di atas hud kereta bahagian depan dan di atas cermin depan kenderaan itu beberapa kali sebelum dia tercampak ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek dilaporkan telah ditangkap pada Ahad dan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa lalu. Dia juga dijadualkan akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 13 Oktober nanti.

Disamping itu, menurut jurucakap pejabat peguam daerah, Kimberly Edds berkata, penglibatan seekor kucing dalam hal ini masih kurang jelas dan sedang disiasat.

Sumber: CBS News