Wanita Orang Asli Cedera Diserang Gajah Liar Di Gerik

1 Aug 2022 • 6:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mangsa berusia 30 tahun itu mengalami patah tangan dan kaki kanan serta lebam di bahagian perut. - Gambar dari Facebook Safwan Mohamad

IPOH - Seorang wanita Orang Asli patah tangan dan kaki dipercayai akibat diserang seekor gajah liar di Kampung Katong Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di Gerik, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata mangsa berusia 30 tahun itu mengalami patah tangan dan kaki kanan serta lebam di bahagian perut akibat diserang gajah liar di belakang rumahnya dalam kejadian kira-kira 6.30 petang.

“Mangsa pergi ke belakang rumahnya untuk mencari durian. Jarak kebun dengan rumah lebih kurang 20 meter.

“Tanpa disedari mangsa telah diserang dan ditendang oleh seekor gajah yang berada di tempat berkenaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved