Wanita pandu mabuk dipenjara, denda RM10,000

14 Feb 2024 • 2:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang wanita muda dijatuhi hukuman penjara empat hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 18 Jan.

Nurlyna, 20, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas dia mengaku memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Sim Hua Seng kira-kira jam 3.35 pagi pada hari itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu dan lesen memandunya digantung dua tahun.

Berdasarkan fakta kes, hasil ujian nafas wanita itu mendapati kandungan alkohol dalam darah tertuduh melebihi had dibenarkan iaitu 50 miligram etil dalam 100 mililiter darah.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda sehingga RM30,000, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lagi pesalah trafik dijatuhi hukuman penjara dua hari dan didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah di mahkamah sama, kerana mengambil bahagian dalam pertandingan atau menguji kelajuan kenderaan.

Vincent Lim Vui Sen, 20, mengaku melakukan kesalahan itu di Jalan Chong Thien Vun, kira-kira jam 12.22 tengah malam pada 28 Jan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara sebulan jika gagal membayar denda dan lesen percubaannya dibatalkan serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 81 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Trafik ASP Joan Lee mengendalikan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.