Wanita perlekeh Laksa Sarawak, samakan dengan bau jamu

16 May 2024 • 11:16 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita perlekeh Laksa Sarawak yang popular dan berkata hidangan itu mempunyai bau sama seperti jamu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Affy Johary telah memuat naik semula video wanita tersebut yang cuba memakan hidangan tersebut.

Wanita perlekeh Laksa Sarawak

Namun begitu, apa yang membuatkan warga maya berasa berang adalah apabila wanita itu mendekatkan hidangan itu ke mulutnya sambil menutup hidung.

Manakala individu yang merakam video tersebut mengetawakan tindakan wanita itu sambil berkata hidangan itu merupakan Laksa Sarawak.

image is not available

“Ni apa ni? Laksa Sarawak? Bau jamu okay. Mungkin sebab dia letak daun basil,” kata individu yang mengambil rakaman video itu.

Dalam pada itu, wanita yang cuba memakan hidangan itu kemudian menolak mangkuk yang berisi laksa itu sambil menunjukkan muka kurang senang dengan hidangan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, bukan sahaja warga maya dari Borneo yang mengecam tindakan wanita tersebut malah netizen dari negeri Semenanjung turut berasa kurang senang dengan tindakannya.

Dengki dengan Laksa Sarawak

image is not available

Minta puji je post macam ni

image is not available

image is not available

Wanita perlekeh Laksa Sarawak, netizen kata awak yang busuk

image is not available

image is not available

 

Awak tu tak tahu beza jamu dengan laksa

image is not available

image is not available

Kenapa perlekehkan makanan kalau tak suka

image is not available

Dalam pada itu, warganet dari Sarawak juga mahu wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menghina hidangan daripada negeri itu.

Kami mahukan permohonan maaf secara terbuka

image is not available

Menerusi tinjauan, pemilik asal video tersebut telah memadam hantaran berkenaan disamping menyahaktifkan akaun Facebook mereka.

image is not available

Menurut Affy, individu yang memuat naik video tersebut dan wanita berkenaan mahu membuat permohonan maaf, namun mereka berasa takut untuk membuka aplikasi Facebook.

 

Sumber: Facebook Affy Johary