Wanita PH Kelantan sasar lima kerusi hadapi PRN

Politics
11 Mar 2023 • 7:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Timbalan Ketuanya Dr Hafidzah Mustakim (gambar).

Beliau berkata ini memandangkan mereka memiliki ramai wanita yang berpotensi untuk menjadi pemimpin selain memiliki latar belakang yang hebat dari segi pendidikan dan sebagainya.

“Pencapaian kaum wanita di negara ini tidak boleh disangkal lagi dari segi perubatan, pendidikan serta ekonomi dan kami sangat yakin apabila kaum wanita diberi peluang untuk bertanding pada PRN, ia akan memberi impak positif kepada masyarakat.

Justeru, kami harap wanita PH Kelantan akan diketengahkan kerana kita mempunyai calon-calon yang berpotensi bukan sahaja untuk parti malah untuk rakyat juga,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang PH bersama media, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan bagaimanapun berkata keputusan mengenai senarai calon yang akan bertanding pada PRN nanti masih dalam perbincangan pucuk pimpinan tertinggi. -Bernama