Wanita promosi nasi kandar berlauk babi, PRESMA dakwa perbuatan itu hina industri nasi kandar

30 Oct 2023 • 11:55 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular video seorang wanita mempromosi nasi kandar dengan hidangan babi di media sosial.

Tindakan individu berkenaan mengundang rasa kurang senang Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang menganggap perbuatan itu menghina industri nasi kandar.

Ini kerana, industri nasi kandar seperti mana yang diketahui telah dipelopori oleh pengusaha restoran Muslim sejak berpuluh tahun dahulu.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam laporan Harian Metro, Isnin, 30 Oktober 2023, Presma menyatakan kebimbangannya akan kekeliruan yang timbul di kalangan pelanggan dan penggemar nasi kandar disebabkan video tular berkenaan.

“Presma ingin menegaskan, hidangan nasi kandar di semua premis milik ahli Presma di seluruh negara dijamin halal dan bebas daripada bahan dilarang dalam Islam,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Presma juga menasihatkan golongan pencipta kandungan lebih sensitif dan peka apabila menghasilkan video untuk diterbitkan di media sosial terutamanya makanan yang selama ini sinonim dengan orang Islam.

Sumber: Harian Metro