Cuaca panas ‘tukarkan’ dapur jadi pusat menetas anak ayam
Seorang wanita di Qingdao, China tidak menyangka kepulangannya dari percutian dua hari akan disambut oleh 70 ekor anak ayam yang berkeliaran di dapur rumah. Lebih mengejutkan, kesemua anak ayam itu menetas daripada telur yang dibelinya di pasar raya.
Menurut laporan media tempatan, wanita bernama Jiang membeli tiga karton telur (jumlah keseluruhan 90 biji) sebelum keluar bercuti. Telur tersebut dibiarkan begitu sahaja di dapur, tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Dua hari kemudian, dia pulang ke rumah dan mendengar bunyi nyaring anak ayam.
“Saya sangka saya sedang berhalusinasi,” katanya yang masih tidak percaya dengan apa yang dilihat. Lantai dapurnya dipenuhi anak ayam berbulu kuning.
Suhu tinggi sepanjang musim panas dipercayai telah menukarkan dapur rumah itu menjadi inkubator semula jadi, sekali gus mempercepatkan proses penetasan. Walaupun kejadian sebegini sangat jarang berlaku kerana kebanyakan telur pasar raya tidak subur, 70 daripada 90 biji telur tersebut berjaya menetas.
Dua jadi haiwan peliharaan, selebihnya dihantar ke kampung
Cik Jiang dan keluarganya tidak panik, sebaliknya terus membuat tempat khas untuk anak ayam itu menggunakan baju sejuk lama dan menyuapkan bubur nasi menggunakan picagari.
Dua ekor anak ayam dijadikan haiwan peliharaan di rumah, manakala yang lain dihantar ke rumah ibu bapanya di kampung supaya dapat dijaga dengan lebih baik.
Woman comes home in Qingdao, China… to 70 baby chicks hatched in her apartment! Left 90 supermarket eggs out in a scorching 100°F heatwave turns out, Chinese eggs are often fertilized & unrefrigerated. Nature said “surprise”! What would YOU do?! Comment below! NatGeo / Newsflare #Viral #Chicks #China #Heatwave #Unexpected #TikTokAnimals #crazystory #CapCut
Kisah luar biasa ini pantas menular di media sosial China dan jadi peringatan lucu bahawa cuaca panas boleh buat dapur anda jadi tempat anak ayam menetas tanpa sengaja. – Agensi
The post Wanita pulang dari cuti, terkejut telur pasar raya menetas jadi 70 anak ayam appeared first on The Reporter.

