Wanita raih pujian, promosi Malaysia dalam Bahasa Inggeris dengan jelas -“Dahlah cantik, bijak… “

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 8:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wanita raih pujian

Seorang wanita raih pujian ramai apabila mempromosikan Malaysia dalam Bahasa Inggeris dengan jelas kepada seorang TikToker dari luar negara.

Menerusi TikTok ali_culture, dia telah bertanyakan soalan kepada wanita yang dikenali sebagai Diana berkenaan apa yang membezakan Malaysia dengan negara lain.

Wanita raih pujian, jelaskan keunikan Malaysia kepada orang luar

Wanita terbabit dengan tenang telah memberi pandangan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keunikan tersendiri termasuklah memberikan contoh-contoh ringkas yang boleh memberi bayangan tentang keistimewaan yang ada di sini.

“….Kami mempunyai pelbagai jenis makanan yang berbeza di setiap negeri. Awak perlu cuba nasi lemak kerana ia merupakan antara hidangan yang cukup popular,” ujarnya.

Wanita raih pujian, promosi semua negeri termasuk Sabah, Sarawak

Lebih menarik, dia turut memberitahu beberapa budaya yang menjadi kebiasaan masyarakat seperti Melayu di mana sangat menjaga adab dengan golongan tua apabila mencium tangan sebagai tanda hormat ketika bersalaman.

Walaupun menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dan ringkas, penyampaian wanita tersebut sangat jelas apabila memberitahu sangat terbuka dengan kehadiran pelancong dari luar negara kerana dapat menunjukkan betapa uniknya Malaysia termasuklah masyarakatnya.

image is not available

Dahlah cantik, bijak pula

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata memuji tindakan Diana yang mempromosikan Malaysia dengan cukup ringkas namun padat.

Mereka juga mengakui bangga dengan wanita berkenaan kerana dapat menjawab soalan dengan memberikan penjelasan yang penuh dengan info tentang Tanah Air.

image is not available

Cara jawab macam tulis karangan, isi ada, contoh pun ada

image is not available

Positif betul akak ni

image is not available

 

Terima kasih sis kerana memberi gambaran baik kepada Malaysia terutama cara menjawab serta pengetahuan am yang boleh membantu menarik lebih ramai pelancong ke sini.

Sumber: TikTok ali_culture