Wanita reda dianiaya, bekas suami tergamak beri 3 sen untuk nafkah anak

LocalEntertainment
11 Jan 2025 • 5:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wanita reda dianiaya

Seorang wanita reda dianiaya dan percaya dengan rezeki daripada Allah S.W.T apabila menunjukkan bukti transaksi nafkah yang diberi bekas suami kepada anak mereka berjumlah RM0.03 sahaja.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai cheeksiti apabila memuat naik tangkapan layar transaksi berkenaan sambil menyikat rambut anaknya.

Wanita reda dianiaya, tindakan bekas suami nak sakitkan hati tak berjaya

Dalam video berkenaan, wanita itu menyatakan tindakan lelaki berkenaan untuk menyakitinya tidak berjaya kerana dia lupa bahawa rezeki Allah S.W.T itu luas dan doa orang yang dizalimi pasti didengar oleh Maha Pencipta.

“Dia cuba menyakiti saya tetapi tidak berjaya kerana dia melupakan dua perkara iaitu rezeki Allah sangat luas dan doa-doa orang yang dizalimi,” tulisnya.

Wanita reda dianiaya, anak terima nafkah tak masuk akal

Dapat dilihat dengan jelas nilai nafkah yang tertera pada tangkapan layar tersebut yang hanya berjumla RM0.03 dan disertakan keterangan ‘nafkah Nayla Disember 2024’.

image is not available

Allah uji untuk naikkan martabat seroang wanita

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen di media sosial dimana rata-rata berasa geram dengan tindakan biadap seorang bapa terhadap anaknya sendiri.

Mereka juga mendoakan supaya lelaki seperti itu tidak mendapat kesenangan dalam hidup kerana menzalimi bekas isteri dan juga darah daging sendiri.

image is not available

Culas jadi seorang bapa

image is not available

Tergamak kedekut dengan anak sendiri

image is not available

Walau bagaimanapun, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan tiada bukti menyatakan bahawa bekas suami kepada wanita itu benar-benar memberikan nafkah sebanyak itu sahaja.

Namun, jika benar perkara itu terjadi, diharap lelaki tersebut berubah dan menjadi seorang bapa yang lebih bertanggungjawab agar tidak menyesal di kemudian hari.

Sumber: TikTok cheeksiti