Wanita rugi lebih RM100,000 terpedaya tawaran kerja menerusi WhatsApp

17 Jul 2024 • 2:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa yang berusia 41 tahun telah menerima satu pautan yang menawarkan peluang pekerjaan secara dalam talian daripada ‘Luxe Legacy’. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang wanita mendakwa kerugian RM105,650 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan secara dalam talian tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa yang berusia 41 tahun telah menerima satu pautan yang menawarkan peluang pekerjaan secara dalam talian daripada ‘Luxe Legacy’, selain menjanjikan komisen bagi setiap tugasan yang disiapkan.

Beliau berkata, tawaran itu menjanjikan pulangan modal sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada modal yang dilaburkan.

"Mangsa yang tertarik dengan komisen serta tugas mudah yang ditawarkan telah mendaftar sebelum melakukan 10 transaksi ke lima akaun berbeza yang diberikan dengan jumlah keseluruhan modal RM105,650, bermula Khamis hingga Sabtu lepas.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila mendapati laman web terbabit dan segala perbualan telah disekat sebelum membuat laporan polis, semalam,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan juga meliputi sama ada wujud penglibatan keldai akaun.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved