Wanita rugi lebih RM200,000 ditipu sindiket tawar tender palsu bekal jubah konvo

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 11:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA TERENGGANU, 31 DIS: Seorang peniaga mengalami kerugian RM252,150 selepas ditipu sindiket yang menawarkan tender tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 23 Dis lepas, wanita berusia 47 tahun itu dihubungi suspek yang menawarkan peluang menjadi vendor pembekal jubah konvo dan pakaian seragam untuk sebuah kampus cawangan sebuah universiti di negeri ini.

Beliau berkata suspek yang juga seorang wanita memujuk mangsa supaya berhubung dengan anggota sindiket lain yang kononnya pembekal vendor terdahulu bagi mendapatkan bekalan pakaian berkenaan.

“Peniaga itu bersetuju untuk menerima tender berkenaan setelah melihat sebut harga yang diberikan, dan membuat lima transaksi bayaran ke lima akaun berbeza bagi pembelian barangan menggunakan wang syarikat berjumlah RM252,150,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata peniaga itu hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan dengan pihak berkaitan kemudiannya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved