Wanita rugi RM1.28 juta ditipu lelaki menyamar pegawai Bank Negara

LocalBusiness & Finance
6 Mar 2025 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 6 MAC: Wang simpanan dan hasil perniagaan seorang wanita ‘lebur’ akibat ditipu menerusi panggilan telefon oleh seorang lelaki menyamar ‘pegawai Bank Negara’.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata wanita berusia 45 tahun itu membuat laporan polis semalam dengan menyatakan wang terbabit dibayar kononnya bagi menyelesaikan jenayah pengubahan wang haram yang dilakukannya.

“Oleh kerana takut, mangsa telah mengikut segala arahan yang diberi dengan membuat tujuh pindahan wang secara berperingkat mulai 3 Disember 2024 hingga 10 Februari lalu ke dalam tiga akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah kira-kira RM1.28 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dijanjikan wangnya akan dipulangkan, namun tidak menerimanya setakat semalam lalu menceritakan hal berkenaan kepada rakannya.

Mangsa katanya membuat laporan polis selepas diberitahu rakannya kemungkinan telah ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan itu, Mohamad Sajidan menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik dan jangan percaya dengan apa jua dakwaan yang diterima melalui panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved