Wanita rugi RM1.39 juta selepas klik pautan iklan jualan kek dalam talian

LocalBusiness & Finance
16 Jul 2026 • 4:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita rugi RM1.39 juta selepas klik pautan iklan jualan kek dalam talian

KUCHING, 16 JULAI: Seorang wanita berusia 43 tahun di Miri kerugian RM1.389 juta selepas menekan pautan iklan jualan kek dalam talian yang dipercayai menyebabkan berlaku transaksi pemindahan wang tanpa kebenaran daripada akaun syarikat miliknya.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa telah melihat iklan jualan kek di laman media sosial sebelum menekan pautan diberikan untuk membuat pesanan dan melihat menu.

“Selepas menekan pautan tersebut, skrin telefon bimbit mangsa secara tiba-tiba menjadi gelap dan tidak dapat berfungsi.

“Kira-kira 10 pagi hari sama, mangsa membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati dua akaun bank milik syarikatnya mempunyai transaksi pemindahan wang tanpa pengetahuan berjumlah RM1,389,132. sebanyak 19 transaksi telah dibuat ke 15 akaun bank berbeza pada 14 Julai lepas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved