Wanita rugi RM190,000 terperdaya skim pelaburan mata wang digital

22 Jul 2024 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang petugas sebuah sekolah antarabangsa kerugian RM190,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan mata wang digital tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Suhaimi Ishak berkata mangsa yang merupakan wanita berusia 50 tahun membuat laporan berkaitan kejadian semalam selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata wanita berkenaan menyatakan mengetahui tentang skim itu setelah diperkenalkan oleh seorang lelaki tempatan dikenali menerusi laman sosial Instagram, yang menunjukkan cara melabur serta menerangkan graf keuntungan tinggi akan diperolehnya jika menyertai skim itu.

“Tertarik dengan tawaran suspek yang kononnya mangsa mampu hidup mewah hasil daripada pelaburan itu, mangsa telah memuat naik aplikasi pelaburan itu.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Sepanjang tempoh antara 10 Jun hingga 16 Julai, mangsa telah melakukan enam transaksi pembayaran melalui aplikasi ‘Luno Malaysia’ membabitkan keseluruhan wang berjumlah RM190,000 untuk pembelian mata wang digital, seterusnya memindahkannya ke satu akaun lain menerusi aplikasi sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Suhaimi berkata wanita itu dapat melihat graf pelaburan yang menjana keuntungan tinggi, namun wang keuntungan berkenaan tidak dapat dikeluarkan dan dia perlu membuat bayaran tambahan sekiranya mahu mengeluarkan keuntungan itu.

“Mangsa yang syak dirinya ditipu bertindak membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.