Wanita Sabah maut di Korea Selatan selamat dikebumi

21 Dec 2024 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Nora Ahmad

PAPAR: Seorang wanita warga Sabah yang meninggal dunia dalam tidurnya di Korea Selatan pada 4 Disember lalu, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Libagu, di sini, pada Khamis.

Mendiang Olivia Richard, 46, dibawa ke rumah mereka di Kampung Novoung untuk ahli keluarga dan rakan terdekat memberikan penghormatan terakhir, menurut adik perempuannya, Dora, 44.

Advertisement“Kami tiba di rumah sekitar jam 12 tengah hari untuk ahli keluarga dan kenalan terdekat beri penghormatan terakhir.

“Jam 1 tengah hari kami terpaksa bawa jenazah ke tanah perkuburan untuk urusan pengebumian. Lina

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Syukur cuaca sangat baik ketika upacara pengebumian dan sekitar jam 2 petang, mendiang selamat dikebumikan,” katanya selepas upacara tersebut pada Khamis.

Sementara itu, ibunya Lina Sham, 61, tidak menyangka kepulangan anak keduanya itu yang dinanti sejak tujuh tahun lalu adalah untuk selama-lamanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebelum ini saya ada marah dia mengenai anak-anaknya yang sedang membesar. Saya katakan pada mendiang, dia tidak rindukah dengan anak-anaknya yang sudah besar kerana sudah lama dia tidak pulang.

“Mendiang cuma jawab dia akan balik juga nanti, dia mahu keluar dari Korea dan tidak akan pulang semula lagi selepas itu dan terus balik ke sini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Tapi saya tidak sangka, dia balik untuk selama-lamanya dan tidak akan kembali. Rupanya itu pula maksud yang dia tidak akan balik lagi, sehinggakan anak dia pun tidak sempat peluk.

“Saya memang marah dia, tapi saya kasihan, macamana pun saya marahkan dia, dia tetap tidak mengambil hati dan tersenyum,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan MASKargo, Kota Kinabalu.

Difahamkan Olivia pergi ke Korea Selatan selepas berpisah dengan suaminya. Ahli keluarganya berkata mereka tidak tahu apa kerjanya di situ kerana mendiang sering bertukar pekerjaan, walaupun pernah bekerja dalam pertanian.

Kali terakhir mendiang menghubungi ibunya pada hujung Oktober lalu apabila Olivia mengirimkan wang untuk perbelanjaan serta memintanya (ibu) memotong rambut.

“Dia tanya bila saya potong rambut sebab dia mahu tengok fesyen rambut saya yang terbaru, tetapi saya kata belum lagi.

“Mendiang ada juga ada menghubungi adiknya dan merancang untuk membelikan hadiah sempena hari jadi saya pada 17 Disember lalu, sebab biasanya dialah yang tanggung semua perbelanjaan termasuk anak-anaknya di sini,” katanya.

Menurut anak sulung mendiang, Adrian Esdony, 14, hampir setiap hari mereka berhubung melalui panggilan video tetapi ibunya tidak menunjukkan sebarang petanda akan meninggalkan mereka tiga beradik.

“Biasanya kami berbual mengenai pekerjaannya di sana dan juga bertanya mengenai persekolahan serta kesihatan kami tiga beradik.

“Kali terakhir kami berbual pada hari sebelum dia ‘pergi’, tetapi dia tidak pernah mengatakan dia sakit cuma mengadu sakit demam saja,” katanya.

Adrian berkata, dia memang ada meminta ibunya pulang kerana dia terlalu rindu dan mahu mereka duduk sekeluarga.

“Saya ada tanya, bila dia akan pulang tetapi dia cuma kata belum tahu lagi. Dia cuma pesan jaga adik-adik di sini,” katanya.

Sebelum itu, ketibaan mendiang disambut ahli keluarga dan kenalan rapat selain Adun Limbahau, Datul Juil Nuatim.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, seorang lagi rakyat Sabah yang berada di Korea Selatan meninggal dunia di kediamannya di Hwamok-ri, wilayah Gyeongsang Utara, pada 4 Disember lalu. Seperti Olivia, terdapat masalah untuk membawa jenazah pulang ke Sabah.

Usaha untuk membawa pulang jenazah Olivia pada awalnya mengalami kesukaran apabila pihak keluarga tidak berkemampuan untuk menanggung kos penerbangan yang mencecah lebih RM30,000.

Namun, hasil kutipan sumbangan serta dana yang disalurkan oleh Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) akhirnya mencukupi.