Wanita Sarat Hamil Maut, Bergesel Lori Tangki Di Sungai Seluang

23 Jan 2024 • 1:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita yang dipercayai hamil meninggal dunia selepas digilis sebuah lori tangki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal di Sungai Seluang, Kedah, hari ini.

Menurut hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu di laman Facebooknya, dia memberitahu mangsa tersebut dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja.

Wanita hamil meninggal dunia digilis lori

Difahamkan, wanita tersebut maut di tempat kejadian dan apa yang lebih menyayat hati, beberapa organ dalaman badan mangsa juga dilihat bertaburan di atas jalan raya di lokasi itu.

Sebelum nahas itu berlaku, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan mangsa dipercayai berada pada titik buta (blindspot) lori tangki terbabit.

Bagaimanapun, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa susulan kemalangan tersebut.

image is not available

Sumber: Facebook @Megi AndCo