Wanita Sarawak Tergamam Rakan Sekerja Gen Z Chat Urusan Kerja Dengan Nada Biadap

28 Jan 2025 • 2:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian dipercayai berlaku antara staf Sarawak yang bekerja di sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan

Wanita Sarawak Tergamam Rakan Sekerja Gen Z Chat Urusan Kerja Dengan Nada Biadap. Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka berurusan dengan staf baru di pejabat.

Menerusi perkongsian di laman Threads, cara staf baharu ini berkomunikasi sangat tidak beradab, sampai buat staf wanita senior ini berasa seperti sedang diuji tahap kesabarannya. Situasi ini membuka perbincangan tentang etika kerja dan cara komunikasi generasi baru di tempat kerja.

Staf junior tersebut terus menghubungi wanita berkenaan tanpa salam

Kisahnya bermula bila staf baru ini mahu membuka akaun bank bagi syarikat yang masih baru ditubuhkan. Pihak bank memerlukan pengesahan tambahan disebabkan syarikat masih baru dan tidak banyak maklumat yang tersedia.

Staf tersebut pula bertindak dengan memberi nombor telefon wanita berkenaan, yang juga merupakan staf atasan kepada pihak bank tanpa beri sebarang makluman terlebih dahulu. Difahamkan, cara mesej tersebut dianggap kasar dan tidak mempedulikan adab.

Itu bukan trend, itu memang betul-betul biadap – Netizen

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berang dengan tindakan pekerja Gen Z itu menjawab dengan nada yang terlalu santai dan kurang adab. Bahkan, ada juga yang mencadangkan agar pekerja generasi baru seperti ini diberhentikan kerja kerana dianggap tidak mempunyai adab dan kesesuaian dengan budaya kerja syarikat.

image is not available

Seorang netizen turut mengulas bahawa staf junior berkenaan perlulah memberikan salam berserta panggilan hormat. Perkara seperti ini adalah ‘common sense’ dalam komunikasi dengan rakan sekerja, dan bukannya memberikan respon dengan nada mengeluh seperti ‘adeh’ atau ‘haish’.

image is not available

Adab dan common sense perlu diterapkan dalam komunikasi generasi baharu

Walaupun komunikasi generasi baru sering dikatakan lebih santai, itu tidak bermakna adab boleh diabaikan. Dalam dunia kerja, keseimbangan antara fleksibiliti dan profesionalisme amat penting untuk memastikan semua pihak dapat bekerjasama dengan harmoni.

Adab bekerja dengan common sense adalah kunci keharmonian di tempat kerja. Ia bukan sekadar soal formaliti, tetapi juga menunjukkan rasa hormat dan tanggungjawab kita terhadap orang sekeliling.

Baca juga artikel kami yang pernah diterbitkan mengenai kisah individu yang kurang beradab:

View Original Article