Wanita Sebak Kucing Peliharaan Selamat Dari Banjir

13 Dec 2025 • 10:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Sebak Kucing Peliharaan Selamat Dari Banjir

Bencana alam seperti gempa bumi dan banjir merupakan kejadian yang tidak dapat dielakkan.

Ia bukan sahaja memusnahkan harta benda dan tempat tinggal, malah turut memberi kesan besar kepada kehidupan manusia serta haiwan di kawasan terjejas.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, tragedi banjir dahsyat yang melanda Aceh telah meragut nyawa hampir 1,000 orang.

Walaupun kebanyakan mangsa sudah pulang ke kampung halaman masing-masing selepas tragedi tersebut, peristiwa hitam itu tetap meninggalkan kesan mendalam dan trauma berpanjangan dalam kehidupan penduduk setempat.

Baru-baru ini tular satu klip yang dikongsikan seorang wanita yang tidak dapat menahan sebak apabila melihat kucing kesayangan terselamat daripada musibah yang melanda di wilayah berkenaan.

“Alhamdulillah selamat dari banjir anakku”

Klip berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan kucing berwarna oren (oyen) kembali semula ke pangkuannya sewaktu wanita itu kembali semula ke kawasan yang terjejas.

“Begitu aku panggil terus datang seperti mengadu. Dia (kucing) minta pegang sambil berbunyi sedih. Setelah di pegang baru nak makan,” luahnya dalam klip berkenaan.

Kongsinya, bagi mereka yang mempunyai haiwan ternakan atau peliharaan sudah tentu tidak dapat menggambarkan perasaan bagaimana dapat bertemu semula dengannya setelah berpisah akibat bencana itu.

@ariyani91

Baru bisa postimage is not availableimage is not available alhamdulillah selamat ya nakimage is not availablemungkin ada yg mau ngasi sumbangan buat kucingimage is not availableimage is not available #banjiraceh #banjiracehutara #aceh #catlover

♬ เสียงต้นฉบับ – SAN577 image is not availableimage is not available – SAN577 image is not availableimage is not availableimage is not available

Suasana Pasca Banjir Di Aceh Tamiang Macam ‘Bandar Zombi’

Sebelum ini, tular beberapa perkongsian di media sosial yang menyaksikan keadaan selepas banjir surut.

Dengan keadaan jalan dan kawasan rumah yang dipenuhi lumpur, kawasan di Aceh khususnya di Aceh Tamiang digelar sebagai ‘bandar zombi’.

Menurut BBC Indonesia, Aceh Tamiang merupakan salah satu kawasan yang mengalami kesan buruk selepas dilanda banjir

Bau mayat sangat kuat

Seorang penduduk, Arif, berkata keadaan bandar musnah sepenuhnya dan bau mayat mula menyengat di sepanjang jalan.

“Bau mayat sangat kuat, mungkin ada mayat manusia di sebalik runtuhan tetapi tidak kelihatan, tetapi bau itu ada.

“Orang sudah tidak kisah tentang mayat, sebab semua orang tengah ‘memburu’ makanan dan air. Saya tengok muka-muka orang penuh lumpur, semua terpinga-pinga di jalanan.

Seperti bandar mati, kata orang macam bandar zombi,” katanya.

Ujarnya lagi, seluruh bandar seperti ‘bandar hantu’ kerana tiada bekalan elektrik, air bersih dan telekomunikasi tersedia untuk penduduk.

Sumber: TikTok @Ariyani91

BACA: Konflik Kemboja-Thailand: PM Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump

The post Wanita Sebak Kucing Peliharaan Selamat Dari Banjir appeared first on Siakap Keli.