Wanita sebak urus 2 anak hidap penyakit kronik, suami skizofrenia

LocalHealth & Fitness
11 Sep 2025 • 11:54 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Berat mata memandang, berat lagi bebanan yang dipikul. Begitulah gambaran kehidupan seorang wanita yang kini berjuang menguruskan suami serta dua anaknya.

Suaminya kembali diserang skizofrenia buat kali keempat. Genap sebulan beliau berjuang menguruskan keadaan suami yang sakit, dalam masa sama menjaga dua anak yang turut menghidap penyakit kronik.

Anak lelakinya, Aqil, terlantar akibat kegagalan organ dalaman berpunca daripada sindrom Syder Robinson. Lebih memilukan, Aqil juga kerap mengalami sawan sehingga menyukarkan lagi keadaannya. Malah, rawatan usus yang sangat diperlukan terpaksa ditangguhkan kerana dana yang ada masih belum mencukupi.

Seorang lagi anak perempuannya pula disahkan menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE), manakala si ibu sendiri berdepan dengan SLE rheumatoid yang melemahkan tubuhnya.

“Hari ini genap sebulan suamiku diserang skizofrenia buat kali keempat. Nampak seperti normal. Sekali datang, penyakit tidak tertanggung aku nak menghadapinya, dengan dua orang anak yang sakit hari-hari, yang perlu aku jaga 24 jam.

“Aqil hanya terlantar tapi Aqil sangat mengerti. Macam-macam kami tempuhi selama suamiku sakit. Panjang sebenarnya nak cerita, sampai tak terungkap dengan kata-kata,” luahnya.

@adikhariss2

HARINI GENAP SEBULAN SUAMIKU DISERANG KEMBALI SKIZOFRENIA KALI KE 4.PENYAKIT YG KIAN MEMBIAK..NAMPAK LUARAN SEPERTI NORMAL SEKALI DATANG PENYAKIT TIDAK TERTANGUNG AKU NK MENGHADAPINYA DENGAN DUA ORANG ANAK YANG SAKIT HARI2 .YANG PERLU AKU JGA 24JAM.YG SULUNG SANGAT MANJA DGN ABAHNYA DAN AQIL HANYA TERLANTAR SAKIT TPI AQIL SANGAT MENGERTI KAN..MCM2 KAMI TEMPUHI SELAMA SUAMIKU SAKIT …PNJG SEBENARNYA NK CRTA SAMPAI TAK TERUNGKAP DGN KATA2.. #fyppppp #fyppppppppppppppppppppppp #keadilanharusditegakkan #fypシ゚viral tiktok #fypppppppppppppppppppppppppppppp #fypviralシ #sedekahsubuh #sedekahituindah #sedekahjumat #sawan #rare #paliatif

♬ original sound – DNP – DNP

Baca juga:

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran yang tidak tergambar oleh orang lain, wanita ini tetap gagah berdiri. Kasih dan tanggungjawab terhadap suami serta anak-anak menjadi sumber kekuatan untuk terus melangkah, meskipun kehidupannya dipenuhi kepenatan, air mata, dan pengorbanan yang besar.

@adikhariss2

tiada orang tahu apa kami lalui sakit2 semua sakit dalam fmly ni.. aku tak kuat sebenarnya tapi aku sabar demi ank2 bt aqil semoga ada rezeki untuk beli kprluan aqil dan rawatan #zaraqairina #justiceforzara #keadilanharusditegakkan #sawan #fyppppppppppppppppppppppp #rare #fypシ゚viral tiktok #fypppppppppppppppppppppppppppppp #fypviralシ #sedekahjumat #sedekahsubuh #sedekahituindah #fypdong

♬ Malis – Malis

Kini, harapan keluarga kecil ini hanya satu agar masyarakat memahami penderitaan yang ditanggung dan sama-sama mendoakan, bahkan membantu meringankan beban rawatan Aqil.

View Original Article