Wanita semangat belajar memandu, tekad dapatkan lesen sebelum Aliff Aziz

LocalEntertainment
2 May 2024 • 5:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wanita semangat belajar memandu

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pelakon sensasi iaitu Aliff Aziz dikatakan tidak mempunyai lesen memandu sehingga undang pelbagai reaksi ramai.

Mana tidaknya, aktor tersebut telah menggunakan kereta yang dihadiahkan oleh isterinya, Bella Astilla untuk bergerak ke mana-mana lokasi tanpa mempunyai lesen.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah seorang wanita bertindak mengusik aktor tersebut dengan menjadikannya sebagai motivasi untuk belajar memandu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh wanita tersebut di laman TikToknya, dia bertekad untuk mendapatkan lesen kereta sebelum Aliff Aziz.

Wanita semangat belajar memandu

“Akhirnya saya belajar memandu supaya saya boleh dapatkan lesen sebelum Aliff Aziz!” tulisnya dalam video tersebut.

Wanita semangat belajar memandu

image is not available

Cepat sis, Aliff Aziz dah settle ceramah tu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan usikan wanita terbabit malah ramai yang bergurau supaya dia segerakan proses untuk mendapatkan lesen.

image is not available image is not available

Ramai termotivasi sekali nak ambil lesen!

Bukan itu sahaja, ramai turut bermotivasi untuk mendapatkan lesen sebelum Aliff Aziz malah, ada yang meluahkan rasa lega kerana sudah selesai urusan lesen lebih awal.

image is not available image is not available

Sumber: TikTok @pinkpomme