Wanita simbah air panas pada lelaki OKU, direman 4 hari

20 Apr 2024 • 1:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down, berusia 33 tahun, telah disimbah air panas oleh jirannya. Kejadian yang menyebabkan mangsa melecur itu dilaporkan berlaku di Jalan Rajawali I-Park, Bayan Lepas, semalam.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaannya dilaporkan stabil.

image is not available

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, walaupun mangsa adalah OKU Sindrom Down, tetapi dia masih mampu berkomunikasi dengan baik.

Berdasarkan laporan yang diterima, adik mangsa mendakwa abangnya disimbah dengan asid. Namun, rawatan di HPP mengesahkan luka terbakar yang dialami oleh mangsa adalah disebabkan oleh air panas.

Semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, kejadian berlaku dalam lif dan ketika itu mangsa mahu pulang ke rumahnya di tingkat 16. Hanya mangsa bersama suspek dalam lif pada waktu kejadian.

Suspek telah dikenal pasti dan merupakan salah seorang penghuni di kejiranan itu. Mangsa dan suspek tidak pernah bertegur sapa sebelum ini, malah tidak pernah timbul perselisihan faham di antara mereka.

image is not available
Sumber gambar: X

Ekoran itu, suspek berusia 39 tahun itu telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.