Wanita Sweden “Speechless”, Kongsi Pengalaman Bila Sampai Tempat Ni

LocalTravel
3 Jan 2026 • 5:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Sweden “Speechless”, Kongsi Pengalaman Bila Sampai Tempat Ni

Tak dinafikan, Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan ramai dari seluruh dunia.

Ada yang datang untuk belajar dan bekerja, ada pula yang sekadar ingin bercuti seketika daripada kesibukan hidup.

Apatah lagi, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai keunikan budaya, alam semula jadi, makanan dan masyarakat yang berbilang kaum.

Perkara-perkara kecil sebeginilah yang pastinya membuatkan setiap pelancong yang berkunjung, pastinya jatuh hati dengan sisi yang ada pada negara ini.

Jadi, tidak hairan mengapa Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong luar untuk melihat keindahan dan keunikan di Malaysia.

Pawagam Di Malaysia Boleh Jadi Luar Biasa

Sama juga seperti yang dikongsikan oleh wanita dari Sweden ini mengenai perkara yang ‘mengejutkannya’ apabila berkunjung ke pawagam di Malaysia.

Baru-baru ini, kisah seorang wanita Sweden mencuri perhatian apabila dia berkongsi pengalaman menonton wayang di Malaysia.

Menurutnya, pawagam di Malaysia bukan sekadar tempat menonton filem, namun setiap sudut, ruang tak ubah seperti sebuah tempat yang cantik.

Berbeza pula dengan pawagam di negaranya, di mana dia berpendapat agak ketinggalan dan memerlukan naik taraf.

“Pawagam di Malaysia memang boleh jadi luar biasa. Saya nak tunjukkan betapa cantiknya tempat ini.

“Jadi, suami saya bawa saya keluar bersama dan saya nak kongsikan betapa menariknya tempat ini.

“Pawagam di sini siap ada kawasan ‘mini restoran makanan’, kemudian inilah laluan untuk masuk,” katanya sambil menunjukkan makanan yang dibeli sebelum masuk ke dewan.

Selain itu, dia juga meluah rasa teruja apabila melihat ruangan dalam dewan yang tersergam indah.

“Okey, sekarang kami nak pergi ke dewan tayangan. Kami akan menonton Avatar. Saya sangat, sangat teruja dan lihatlah betapa cantiknya tempat ini,” katanya lagi.

Biasa bagi kita, luar biasa bagi mereka – Netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik perkongsian daripada wanita berkenaan.

Malah ada yang bertanya bagaimana keadaan dan reka bentuk pawagam di Sweden.

Tidak kurang juga, ramai yang memberikan cadangan untuk pelancong ini merasai suasana pawagam yang lebih ‘gah’ di tempat lain.

“Haha, benda ni buat saya tertanya-tanya macam mana rupa pawagam di Sweden,” komen seorang pengguna.

“Malaysia juga ada pawagam macam ni (Baring). Awak boleh cuba.,” kongsi seorang lagi.

“Saya ingatkan wayang di negera seperti Sweden jauh lebih baik,” komen seorang lagi.

@edinanana

Honestly our cinemas in Sweden need to step up #malaysia #kualalumpur #kl #fyp #foodie

♬ original sound – Edina – Edina

Sumber: TikTok @Edinanana

BACA: Pelancong Asing Kongsi Pengalaman First Time Masuk RnR Malaysia

BACA: Tular, Wanita Rusia Dedah Hal ‘Mengejutkan’ Terjadi Di Malaysia

The post Wanita Sweden “Speechless”, Kongsi Pengalaman Bila Sampai Tempat Ni appeared first on Siakap Keli.