Wanita Tak Pandai Cakap Melayu, Netizen Sokong Staf Tolak ‘Renew’ Pasport 

23 Apr 2024 • 1:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport seorang wanita yang tak pandai bertutur dalam bahasa Kebangsaan.

namun seorang wanita dikecam netizen pula selepas meluahkan ketidakpuasan hati kerana kakitangan di UTC Komtar tidak membenarkan ibunya memperbaharui pasport.

Menerusi laporan sebuah portal, wanita tersebut membuat satu hantaran berkata ibunya tidak dapat memperbaharui pasportnya kerana tidak dapat berbahasa Kebangsaan walaupun memegang status warganegara Malaysia.

Netizen sokong staf tolak ‘renew’ pasport

Menurut wanita berkenaan, ibunya menghadapi masalah berbahasa Melayu kerana tidak bersekolah, namun kakitangan di UTC Komtar tidak menerima alasan itu.

Pada masa yang sama, wanita tersebut turut mempersoalkan apa kaitan boleh berbahasa Melayu dan memperbaharui pasport.

image is not available

Foto: The Star

Walaupun sudah bertanyakan berkenaan masalah yang dihadapi ibunya, kakitangan di UTC Komtar tetap berkeras untuk tidak mengemaskini pasport ibunya.

“Mak kamu memang tak boleh cakap Bahasa Melayu ke? Dia kena boleh cakap Bahasa Melayi baru boleh renew pasport sebab sini Malaysia.

“Kamu tak boleh cakap Bahasa Melayu tak boleh renew pasport sekarang, kena jumpa pegawai esok pagi,” kata kakitangan UTC Komtar.

Luahan wanita itu telah dimuat naik semula di X, namun rata-rata warga maya memuji tindakan kakitangan yang menolak untuk memperbaharui pasport ibu wanita itu.

Menurut warga maya, sebagai warganegara sepatutnya ibu kepada wanita itu boleh bercakap bahasa Melayu kerana sudah lama menetap di Malaysia.

Kau Malaysian, patut tahu bahasa Kebangsaan

image is not available

Syabas pegawai tu

image is not available

Entah-entah beli IC

image is not available

Lepastu mengadu dalam bahasa Cina pula

image is not available

Kalau AS pun, tak pandai English tak boleh jadi warganegara

image is not available

Entah-entah bukan asal Malaysia dua orang ni

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tindakan kakitangan itu dan bertanya adakah kebolehan berbahasa Melayu menjadi keperluan wajib untuk memperbaharui pasport.

Imigresen tiada hak untuk enggan memperbaharui pasport

image is not available

Keperluan ke bahasa Melayu untuk ‘renew’ pasport

image is not available

Sementara itu, menerusi tinjauan, wanita itu telah menutup akaun daripada orang awam dan hanya boleh dilihat rakannya di Facebook.

Sumber: X @TVPertiwi_MY

View Original Article