Wanita Tak Puas Hati Influencer Terkenal Dah Raba Kawasan Sensitif Tapi Tak Mengaku

Entertainment
5 Jun 2024 • 7:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jang minho

Sebelum ini, seorang wanita mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual seorang influencer lelaki asal Korea yang dikenali sebagai Jang Minho.

Jang Minho yang menetap di Malaysia itu bagaimanapun menafikan dakwaan terbabit dan menjelaskan dirinya hanya terlanggar bahu dan pinggang ketika itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Emma kemudian mendakwa Minho menipu dan mengakui keputusan untuk keluar bersama lelaki tersebut adalah satu kesilapan.

Pada awalnya semasa makan malam dia tidak tunjuk lagi perangai sebenar. Kemudian semasa kami keluar minum, saya mabuk dia mula menyentuh saya.

Kebenarannya, saya tidak tahu pula bahu dan juga pinggang itu bahagian sulit. Tangan itu dia raba saya. Pegang atas bawah.

Saya berasa dendam sebab pertama dia tidak bertanggungjawab. Kedua, kenapa saya bertegas sebab impiannya untuk menjadi selebriti. Bayangkan kalau dia sudah terkenal, apa akan jadi dengan perempuan lain nanti.

Kerisauan itu dinyatakan Emma dalam satu temu bual bersama mStar. Setakat ini, Minho masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas menafikannya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved