Wanita Tergelak Kena Ragut, Rupanya Perompak Larikan Rantai Emas Palsu

Entertainment
22 Jun 2023 • 12:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, seorang wanita tidak dapat menahan ketawanya selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emasnya ketika menyapu di halaman rumah.

Menurut laporan The Thaiger, wanita tersebut bertindak sedemikian kerana rupa-rupanya rantai emas yang dikatakan bernilai USD1,060 (RM4,980) rupanya palsu semata-mata.

image is not available

Rakaman yang mula tular di laman sosial itu telah menjadi bualan hangat ramai memandangkan ia satu kejadian yang berjaya menghiburkan netizen.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 16 Jun lalu di Vietnam dan wanita terbabit telah membuat laporan polis di balai berhampiran dengan rumahnya.

image is not available

Pihak berkuasa sedang giat mengesan suspek yang berjaya melarikan diri menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti kejadian.

Sumber: The Thaiger