Wanita Terima Ijazah Ketika Bersanding, Tarikh Konvo Sama Dengan Majlis Kahwin

21 Jun 2022 • 12:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Wanita dapat ijazah sarjana muda kelas pertama ketika bersanding

Ketika ini beberapa institusi pengajian sedang sibuk meraikan para graduan dalam istiadat konvokesyen terutama sekali graduan yang telah menanti lama gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Oleh itu, sementara menanti majlis tersebut pasti ada di antara mereka yang telah memulakan langkah seperti masuk ke alam pekerjaan dan ada juga yang merancang untuk berkahwin dan tidak kurang juga yang telah berkeluarga serta mempunyai anak.

Tarikh majlis sama dengan konvokesyen

Malah, ada juga yang tarikh majlis persandingan mereka jatuh pada hari yang sama dengan sesi konvo yang ditetapkan seperti yang berlaku pada seorang pengantin perempuan ini apabila dia menerima ijazahnya sewaktu majlis perkahwinannya berlangsung.

Momen tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok @cmimall, di mana pengantin perempuan tersebut yang dikenali sebagai Siti Aishah Binti Mohd Rosli merupakan seorang siswazah dalam jurusan Sains Biomolekul UiTM Shah Alam.

Apa yang lebih menarik adalah dia dapat meraikan dua momen indah tersebut secara serentak dalam majlis perkahwinannya.

Sudah rancang majlis kahwin awal, tak sangka tarikh konvo jatuh pada hari yang sama

Difahamkan pasangan pengantin ini tidak menyangka bahawa tarikh graduasi yang dimaklumkan pihak universiti adalah sama kerana telah membuat persediaan menempah pakej perkahwinan itu lebih awal.

Menerusi video yang dimuat naik, pengantin wanita itu turut disarungkan jubah oleh suami tersayang yang dikenali sebagai Fawzy.

Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama

Lebih mengujakan lagi dia turut dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang dibawa sijilnya oleh kedua ibu bapa semasa naik ke atas pelamin.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepadanya serta tidak kurang juga ada yang memuji kepintaran wanita ini kerani berjaya memiliki Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

“Biomolecular kelas pertama? Ya Allah, bijaknya awak”

image is not available

“Tahniah dik, abang bangga dengan kau!”

image is not available

‘Tahniah’

image is not available

“Bestnya majlis sama dengan tarikh konvo 2 in 1”

image is not available