Wanita Terima Pampasan RM39k, Dipercayai Dibuang Kerja Kerana Hamil Ketika Cuti Bersalin

6 Oct 2022 • 10:08 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Terima Pampasan RM39k, Dipercayai Dibuang Kerja Kerana Hamil Ketika Cuti Bersalin

Seorang wanita menerima pampasan sebanyak RM39,749 selepas majikannya bertindak memecatnya tanpa sebarang alasan kukuh sewaktu dia memberitahu sedang hamil ketika dalam tempoh cuti bersalin, lapor Metro UK.

Menurut laporan, wanita yang merupakan seorang pendandan rambut memberitahu perkara tersebut sewaktu cuti bersalin anak pertamanya dan kedua-dua pihak bersetuju dia kembali bekerja semula di kedai salun rambut di Kilsyth, North Lanarkshire April lalu.

Bagaimanapun, mangsa telah diberhentikan kerja sebaik sahaja kembali semula ke kedai berkenaan.

Menurut majikannya, dia mendakwa bahawa wanita terbabit dipecat atas sebab perniagaan namun, hasil laporan tribunal mendapati bahawa ibu itu telah di diperlakukan dengan tidak adil.

Susulan itu, wanita terbabit telah menuntut pampasan terhadap majikannya. Tambahan pula, dia merupakan ibu tunggal kepada dua anak berasa kecewa dengan tindakan majikannya memberhentikannya secara tiba-tiba.

Dalam perbicaraan itu, wanita itu berkata bahawa dia mengalami penyakit epilepsi akibat tidak berkerja.

Sementara itu, majikannya memberikan alasan bahawa pemecatan ibu tunggal itu disebabkan perniagaannya kurang mendapat keuntungan.

“Dia tidak dapat membuktikan dan meyakinkan pihak mahkamah berdasarkan inferens yang diberikan berhubung pemecatan kakitangannya yang sedang mengandung.

“Dalam kes ini, tuntutan yang dilakukan oleh wanita itu adalah logik,” kata Hakim Pekerjaan, James Hendry.

Sumber: Metro UK