Wanita Terkejut, Temui Besi Dawai Ketika Kunyah Nugget

24 Jan 2023 • 6:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Terkejut, Temui Besi Dawai Ketika Kunyah Nugget

Seorang wanita yang sedang asyik makan pesanan nugget goreng terkejut selepas mendapati terdapat objek asing dalam makanannya itu.

Perkongsian itu dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Izwani Abdul Malek di dalam kumpulan Facebook bernama Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official berkenaan pengalaman pahit yang dihadapinya itu.

“Ini bukan kes masak tak jadi. Ni kes makan tak jadi! petang semalam lepak-lepak minum dekat satu tempat ni, order lah nugget.

“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi.

image is not available

“Subhanallah juih keluarkannya. Itu dua besi dawai apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” tulis Izwani di perkongsian tersebut

Menurutnya lagi, dia turut membuat aduan di kedai tersebut namun ia bukanlah salah kedai berkenaan kerana nugget yang digoreng itu diambil dari dalam bungkusan yang dikilangkan.

image is not available

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dan mereka juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan kejadian yang dihadapi Izwani tersebut.

“Hubungi bahagian khidmat pelanggan untuk buat aduan. Pernah beli daging burger ada besi. Mereka datang cek memang dari besi dari mesin mereka. Mereka siap bawa cenderahati dan minta maaf,” tulis seorang pengguna yang berkongi pengalaman yang hampir sama.

“Buat aduan dekat nombor tertera di plastik. Nanti syarikat akan hentikan jualan untuk kumpulan bungkusan nugget tu,” tulis seorang lagi memberi cadangan berkenaan isu yang dihadapi Izwani tersebut.

View Original Article