Wanita Terkejut Temui Cacing Dalam Jejari Ikan, Terus Hilang Selera Makan

Entertainment
6 Dec 2022 • 11:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Terkejut Temui Cacing Dalam Jejari Ikan, Terus Hilang Selera Makan

Seorang ibu terkejut, sebaik menjumpai seekor cacing di dalam jejari ikan yang dihidangkan kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun, lapor Daily Star.

Rona Lovell, 28, mendakwa jejari ikan tersebut dibeli di sebuah pasar raya di Skelton, North Yorkshire.

Ketika memotong salah satu daripadanya, dia telah ternampak bendasing berwarna hijau.

Menurut Rona, dia berasa terkejut dan hilang selera makan apabila menjumpai cacing bersaiz garfu dalam jejari ikan tersebut.

image is not available
Gambar: Pen News/Rona Lovell via Daily Star

“Kami amat menyukai jejari ikan dari jenama berkenaan, tetapi kami tidak akan produk ini lagi,” kata Rona.

Memetik Daily Star, Rona juga turut berkongsikan beberapa gambar yang menunjukkan seekor cacing yang ditarik menggunakan garfu.

image is not available
Gambar: Pen News/Rona Lovell via Daily Star

Sementara itu, laman web Asda mengatakan bahawa jejari ikan sejuk beku itu mengandungi ikan pollock Alaska.

Kajian terbaru yang dilakukan di Brazil mendapati bahawa daripada 108 sampel fillet beku ikan pollock Alaska yang dibeli di São Paulo, hanya 18 tidak mengandungi sebarang parasit.

Mujurlah, proses pembekuan dan memasak ikan dengan betul dapat membunuh parasit, menurut Agensi Piawaian Makanan (FSA).

Oleh itu, Rona menasihati ibu bapa lain supaya berwaspada dengan makanan sejuk beku.

“Apa yang boleh saya katakan ialah, walaupun anda rasa produk itu bagus, lebih baik anda memeriksa segala-galanya,” kata Rona.

“Mereka mungkin terlepas pandang seekor parasit atau cacing, tetapi mencarinya dalam makanan anda tidak begitu menarik untuk dilihat, terutamanya jika anda menghidangkannya kepada anak-anak,” kata Rona lagi.

Rona juga mengatakan bahawa dia telah menghubungi syarikat tersebut dan masih tidak mendengar sebarang maklum balas lagi.

Sumber: Daily Star