Wanita terselamat pokok tumbang hempap kereta

17 Feb 2026 • 7:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Foto JBPM Perak
image is not available
Anggota bomba melakukan operasi menyelamat di lokasi kejadian.
image is not available
Pokok tumbang menghempap bahagian hadapan kereta Myvi yang dipandu seorang wanita. Foto JBPM Perak

IPOH - Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok di Lebuhraya Ipoh-Lumut berhampiran kawasan kuari menghala ke Batu Gajah, petang Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.03 petang.

**media[3438078]**

"Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih yang tiba di lokasi kejadian pada 4.10 petang mendapati sebatang pokok hutan telah tumbang lalu menghempap bahagian hadapan kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 41 tahun,” katanya dalam kenyataan.

**media[3438079]**

Beliau berkata, mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 5 petang setelah keadaan disahkan selamat. - Bernama