
RANAU: Seorang pendaki wanita tempatan berusia 35 tahun terpaksa dibawa turun dari Gunung Kinabalu selepas dia terjatuh dan buku lali kanannya terseliuh, Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, Pasukan Mencari dan Menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu bergegas menyelamatkan mangsa yang tidak mampu meneruskan pendakian.
Menurutnya, kejadian berlaku di kilometer 6.6 Panalaban di denai pendaki Gunung Kinabalu, kira-kira jam 4 pagi.
“Maklumat diterima menerusi Talian Stesen pada jam 4.09 pagi berhubung kejadian itu, kemudian sekumpulan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Becket Gumat bergegas ke lokasi.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more “Turut terlibat dalam operasi itu ialah dua malim gunung dan dua renjer daripada pasukan Penyelamat Taman-Taman Sabah.
“Apabila tiba di lokasi kejadian yang terletak 600 meter dari pusat kawalan Mosar, kami mendapati terdapat seorang pendaki terjatuh ketika mendaki ke puncak dan terseliuh di buku lali kanan.
Menurut Ridwan, Mosar kemudian membawa mangsa ke Bilik 2 Mokidou Panalaban untuk diberikan rawatan awal.
“Mangsa kemudian dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan kaedah Piggy Back Carry secara bergilir-gilir bersama malim gunung dan renjer Taman-Taman Sabah.
“Di Timpohon Gate, mangsa diserahkan kepada pasukan EMRS untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut. Operasi selesai jam 10.50 pagi,” katanya.
Tambahnya, kes pada Ahad itu merupakan kes ketiga bulan ini dan ia juga menandakan mangsa ke-29 yang sakit atau cedera di Gunung Kinabalu setakat tahun ini. Pada Januari, dua pendaki, pada Februari (5), Mac (8), April (5), Mei (3) dan Jun (3) mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu.
Ridwan mengulangi nasihatnya kepada semua bakal pendaki agar menilai tahap kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu.
Beliau berkata perlu ada persiapan mental dan fizikal, dan hanya bawa barang yang sesuai dan perlu sahaja.
“Sentiasa mendaki dalam kumpulan, jangan berjalan sendirian dan pastikan anda memberi perhatian kepada nasihat malim gunung kami. Ini amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini pada masa hadapan,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![[VIDEO] "Tabik Spring La Bang!" - Netizen Kagum Malim Gunung Kinabalu Selamba Gendong Wanita Berat 84 KG](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)