Wanita tersenyum tanpa belas kasihan selepas langgar mati dua beranak

2 Sep 2024 • 4:22 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

KARACHI, PAKISTAN — Seorang wanita Pakistan, Natasha Danish, telah menjadi perhatian ramai selepas terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Karsaz pada 19 Ogos lalu.

Menurut laporan, anak kepada ahli perniagaan terkenal itu memandu kereta jenis Toyota Land Cruiser. Ketika membuat pusingan U, dia telah merempuh beberapa kenderaan, termasuk motosikal dan sebuah kereta yang berada di petak parkir.

Akibatnya, seorang bapa dan anak perempuannya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi mangsa yang lain mengalami kecederaan serius.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah reaksi Natasha selepas kemalangan itu, ketika dia dikelilingi orang ramai yang marah dengannya.

Tular di media sosial video yang menunjukkan Natasha tersenyum dan bangga dengan pengaruh keluarganya sambil berkata, “Kamu tak tahu siapa bapa saya”.

Netizen di Pakistan mengecam Natasha atas reaksinya yang langsung tidak menunjukkan perasaan bersalah dan simpati. Ramai yang menuntut keadilan buat dua beranak berkenaan yang maut disebabkan kecuaian Natasha.

Kes ini menunjukkan golongan elit di Pakistan memandang rendah undang-undang dan sistem keadilan. Sementara golongan miskin menghadapi hukuman dan denda, golongan elit pula sentiasa merasa diri mereka lebih tinggi dari undang-undang.

Disebabkan kes tersebut, masyarakat di negara itu mula mempersoalkan undang-undang dan menuntut reformasi dalam sistem sedia ada. – Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved