Wanita tolak lamaran maut ditikam, mahkamah Mesir cadang suspek dihukum digantung ‘live’

27 Jul 2022 • 4:39 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

GARA-gara wanita menolak cinta dan lamarannya, seorang lelaki hilang pertimbangan hingga sanggup menikamnya hingga maut. Mahkamah Mesir cadang suspek dihukum digantung ‘live’

Cinta ‘bertepuk sebelah tangan’ cenderung membuatkan individu melakukan perbuatan yang boleh memburukkan keadaan. Seperti seorang pelajar lelaki di Universiti Mansoura Mesir ini yang telah bertindak bertindak menyembelih rakan perempuannya di hadapan pintu pagar kerana dendam.

Dalam kejadian baru-baru ini, suspek yang merupakan pelajar jurusan seni tahun tiga menikam seorang gadis yang dikenali sebagai Naira Ashraf di hadapan pintu pagar ketika beliau dalam perjalanan ke perhentian bas.

image is not available

Susulan kecederaan parah tusukan pisau pada leher, keadan Naira mengalami sebelum disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Dalam perkembangan terbaru, The Sun UK melaporkan suspek yang dikenali sebagai Mohamed Adel akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim yang mengendalikan kes jenayah tersebut berkata suspek dijatuhi hukuman mati pada 6 Julai yang lalu akan menjalani hukuman gantung dan akan disiarkan secara langsung di televisyen.

Mahkamah Mesir meminta Parlimen supaya hukuman gantung terhadap pembunuh itu disiarkan secara langsung di televisyen bertujuan sebagai pengajaran bagi mencegah jenayah serupa berlaku pada masa hadapan.

“Penyiaran itu walaupun hanya sebahagian daripada permulaan prosiding, boleh mencapai matlamat pencegahan,” titip Mahkamah Mansoura.

Difahamkan kali terakhir siaran langsung hukuman mati dilakukan di negara itu pada tahun 1998.

image is not available
Lokasi kejadian

TIPS KESELAMATAN BAGI WANITA

Wanita perlu berhati-hati terutama ketika berada di tempat awam. Tingkatkan tahap keselamatan diri dan berwaspada, lakukan tip yang dicadangkan ini;

1. Berjalanlah di kawasan yang cerah dan elakkan lorong atau kaki lima gelap atau samar-samar.

2. Berjalan dengan peka degan situasi sekeliling. Elakkan mengguna telefon bimbit kerana ia akan menghilangkan tumpuan anda.

3. Tangan anda mesti sentiasa bebas daripada memegang sesuatu yang akan menyukarkan anda daripada melawan apabila diserang.

4. Berjalan bertentangan dari arah trafik supaya tidak diserang dari belakang.

5. Semasa memandu, elakkan meletak beg tangan di tempat duduk penumpang sebaliknya letak ia di lantai kereta. Pastikan kesemua pintu kereta dikunci.

image is not available

6. Sekiranya mengesyaki diri sedang diekori, pandu terus ke balai polis berdekatan atau buat panggilan ke balai polis untuk memberi keterangan.

7.Semasa menaiki kenderaan awam, pastikan kenderaan tersebut tidak dikunci. Jika di dalam bas seboleh-bolehnya pi;ih tempat duduk berhampiran dengan pintu.

8.Parkir kenderaan di tempat yang cerah dan paling hampir dengan pintu masuk/ keluar atau lif.

9.Sebelum pergi ke kereta pastikan kuncinya telah anda pegang di tangan. Ia boleh dijadikan senjata sekiranya anda tiba-tiba diserang.

10.Menjeritlah sekuat-kuat hati. Jeritan seperti “Api… api…” akan menarik perhatian orang ramai. Jika anda ditolak ke dalam kereta, tendang cermin bahagian sisi belakang dan lambaikan tangan anda keluar tingkap.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.