Wanita tular tinggal lama di KLIA rupanya warga tempatan, ada rekod kesihatan mental

LocalHealth & Fitness
24 Dec 2025 • 3:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Rakaman tular mengenai seorang wanita yang didakwa tinggal lama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akhirnya terjawab apabila pihak berkuasa mengenal pasti individu berkenaan sebagai wanita warga tempatan yang mempunyai rekod masalah kesihatan mental.

Difahamkan, wanita itu telah ditahan pada 18 Disember lalu selepas dikesan berada di KLIA Terminal 1. Pemeriksaan lanjut mendapati individu berkenaan memiliki kad berkaitan kesihatan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita terbabit telah dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan penilaian lanjut dan rawatan yang bersesuaian.

Baca juga:

Menurut pihak polis, sebab sebenar wanita tempatan itu berada di KLIA Terminal 1 masih belum dapat dipastikan setakat ini dan memerlukan penelitian lanjut.

Terdahulu, media sosial dikejutkan dengan rakaman seorang individu berada di kawasan terminal bersama barangan peribadi, dipercayai bergantung kepada kemudahan awam seperti internet, pendingin hawa dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang berkenaan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai, termasuk kebimbangan terhadap keadaan kesihatan mental individu terbabit serta persoalan bagaimana situasi sedemikian boleh berlaku.

Sumber: Sinar Harian