Wanita Usia 40 Tahun Ke Atas & Alami Sakit Tumit? Doktor Kongsi Penyebabnya

Health & Fitness
7 Jul 2026 • 4:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Wanita Usia 40 Tahun Ke Atas & Alami Sakit Tumit? Doktor Kongsi Penyebabnya

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan apabila meningkat usia setiap di antara kita pastinya akan mengalami perubahan pada badan.

Sebagai contoh bagi wanita yang sudah meniti usia 40-an dan ke atas mungkin ada di antara anda yang sedang mengalami sakit tumit yang mencucuk sebaik memijak lantai selepas bangun dari tidur di waktu pagi. Namun ia berkurangan selepas beberapa minit berjalan.

Awalnya sangka ada gout atau urat saraf rosak

Terbaharu Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Singapore, Pulau Pinang, Dr Kent Khaw berkongsi beliau sering mendengar aduan tersebut daripada pesakit yang berjumpanya.

Bahkan ramai menyangkakan mereka mempunyai masalah seperti asid urik tinggi atau turut dipanggil gout atau urat saraf sudah rosak.

Sebenarnya hidap Plantar Fasciitis – keradangan pada tisu tebal di tapak kaki

Namun punca sebenarnya bukan gout tetapi Plantar Fasciitis di mana ia merupakan keradangan pada tisu tebal di tapak kaki yang menyambungkan tulang tumit dengan jari kaki manusia.

Pun begitu mengapakah masalah tersebut sering berlaku pada wanita di pertengahan umur?

Jelas Dr Khaw di dalam sains perubatan pendapati struktur tisu pada tapak kaki manusia berfungsi seperti ‘spring’ atau penyerap hentakan (shock absorber) yang semulajadi pada badan.

View on Threads

‘Spring’ mula berkurangan dan meregang sehingga berlaku koyakan halus

Namun apabila seseorang meningkat usia, dan ditambah pula dengan faktor-faktor harian yang lain, elastik pada spring berkenaan semakin berkurang dan meregang secara berlebihan sehingga menyebabkan berlaku koyakan yang halus (micro-tears).

Apa punca sakit tumit berlaku?

Dr Khaw turut menjelaskan punca sakit tumit berlaku seperti:

  • Berdiri lama: Wanita yang mengalami masalah tersebut mungkin juga disebabkan berdiri lama seperti berjam-jam disebabkan melakukan kerja contohnya memasak, gosok baju atau kerja lain yang memerlukannya berdiri.
  • Berat badan naik: Kenaikan berat badan boleh memberikan beban yang terpaksa ditanggung oleh ‘spring’ pada tapak kaki dan ia menyebabkan ia terpaksa menampung berat lebih daripada biasa.
  • Suka pakai kasut bertapak flat atau nipis: Anda mungkin sering berjalan di atas lantai mozek rumah tanpa lapik (selipar) atau sering menggunakan kasut yang tidak ada sokongan lengkungan pada tapak atau dikenali arch support yang baik.

Sakit tumit di awal pagi kerana tisu meregang secara mengejut

“Sebab tu sakit ni paling menjadi- jadi waktu awal pagi. Masa kita tidur malam, tisu tapak kaki akan mengecut untuk proses pemulihan Bila bangun pagi dan kita terus pijak lantai, tisu yang tengah mengecut terpaksa meregang secara mengejut. Itu yang rasa macam kena tikam dengan paku dekat tumit.

“Bila dah bawa berjalan, tisu tu mula panas dan meregang secara lembut, sebab tu sakit dia makin berkurang,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, sekiranya perkara itu dibiarkan tanpa penjagaan, ia akan menyebabkan keradangan menjadi lebih kronik.

Perkara itu boleh menyebabkan pembentukan taji tulang (heel spur) hingga membuatkan anda sukar untuk berjalan.

Cara boleh dilakukan untuk rawat sakit pada tumit

Dari sudut rawatan, perkara yang boleh dilakukan untuk merawat masalah itu tanpa perlu membuat pembedahan adalah:

  • Tukar tabiat, pakai selipar rumah yang lembut dan tebal. Ini kerana mozek yang keras adalah musuh utama kepada tumit. Gunakan kasut yang mempunyai sokongan pada arch dan kusyen tumit yang baik.
  • Buat senaman regangan. Sebelum turun daripada katil apabila bangun di waktu pagi, cuba tarik jari-jari kaki ke arah badan menggunakan tuala selaam 15-30 saat. Perkara ini untuk panaskan tisu pada tapak kaki dan betis.
  • Apabila sakit mula datang, ambil botol air mineral yang dibekukan dan golekkan tapak kaki atas botol untuk tempoh 10 minit. Ia bertujuan untuk surutkan bengkak dan radang secara semulajadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved