Wanita usia 84 tahun maut, Myvi terbabas masuk sungai

10 Mar 2026 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wanita warga emas maut selepas kereta Myvi dipandu terbabas masuk sungai di Pekan Batu Kikir. Foto PDRM
image is not available
Kejadian jam 10.45 pagi itu dipercayai berlaku semasa mangsa berusia 84 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah. Foto PDRM

JEMPOL - Seorang wanita warga emas maut selepas kereta Produa Myvi dipandu terbabas masuk ke dalam sungai di Pekan Batu Kikir di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, kejadian jam 10.45 pagi itu dipercayai berlaku semasa mangsa berusia 84 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Mangsa dikatakan baru pergi membeli barang di sebuah kedai penternakan haiwan.

"Ketika melalui selekoh jalan, kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sehingga jatuh ke dalam sungai," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[3458676]**

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

"Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan," katanya.