Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran

17 Feb 2024 • 1:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu awal pagi Sabtu.Gambar hiasan

SIBU - Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu awal pagi Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, wanita itu dikenali sebagai Marites, berusia 40 tahun manakala identiti dan jantina kanak-kanak terbabit belum dikenal pasti.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa ditemukan rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah pertama yang terbakar 100 peratus.

"Mayat diserahkan kepada polis dan pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 4.05 pagi dan 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digegaskan ke lokasi.

Kejadian katanya turut menjejaskan 10 penghuni lain, namun punca dan anggaran kerugian sedang disiasat. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved