Wanita warga emas, anak maut nahas

13 Apr 2024 • 12:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

ALOR SETAR - Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Permatang Kerat Telunjuk dekat Bandar Baharu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Azmi Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 85 dan 55 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat penumpang lain mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Alphard yang dipandu lelaki itu sedang dalam perjalanan dari arah Serdang ke Bandar Baharu sebelum memasuki arah bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dipandu lelaki berusia 43 tahun.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat, manakala penumpang yang cedera dihantar ke hospital sama dan diberikan rawatan pesakit luar.

Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu di talian 04-4077222 atau pegawai penyiasat di talian 012-2461813 bagi membantu siasatan,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved