KOTA BHARU - Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tok Guru di sini pada Ahad.
Mangsa berusia 70 tahun itu masih belum dikenal pasti identitinya kerana operasi memadam kebakaran masih dijalankan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II, Satyuti Satar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.58 petang.
"Setibanya di lokasi, kami mendapati rumah tersebut sudah hangus sebanyak 98 peratus," katanya.
Menurut beliau, operasi memadam kebakaran masih berjalan.
