Wanita Warga Emas Menangis Teresak-Esak Didakwa Simbah Asid Pada Pemilik Kedai Roti Naan ‘Viral’

14 Jul 2023 • 12:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita warga emas tidak dapat menahan air mata dan menangis teresak-esak ketika diiring anggota polis ke Mahkamah Majistret Selayang.

Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 60an itu dituduh atas dakwaan menyimbah asid kepada pasangan suami isteri.

Difahamkan, mangsa yang merupakan peniaga kedai roti naan telah berdepan detik cemas apabila disimbah asid ketika memasuki lif di rumah mereka di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak.

image is not available

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan video berkenaan tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, tertuduh dilihat berdiri berhampiran mangsa ketika menunggu lif sebelum bertindak menyimbah asid ke arah mereka.

Menurut Noor Arifin, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Mangsa yang merupakan warga Pakistan itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Selayang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

Badan Penuh Birat! Kanak-Kanak 9 Tahun Dipukul Ibu Tiri Sebab Tak Faham Buku Latihan