Wanita Warga Emas OKU Maut Dalam Kebakaran

22 Oct 2022 • 10:50 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang wanita warga emas OKU maut manakala suaminya cedera dalam kebakaran di Ipoh, pagi tadi. - Gambar fail

IPOH - Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk, Kerian awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian melibatkan pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) itu pada 5.42 pagi.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Boy Soo, 74, dan hanya tinggal berdua di rumah berkenaan bersama suaminya.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah (yang terbakar) sebanyak 20 peratus dan wanita itu disahkan maut oleh pihak perubatan di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dibantu pasukan dari Kuala Kurau membuat pemadaman sisa kebakaran sepenuhnya dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pukul 7.30 pagi. - Bernama