Wanita warga emas tinggal sendirian dibunuh selepas disamun

20 Jan 2023 • 3:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JASIN, 20 JAN: Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pulai Darat, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, polis menemukan mangsa Misah Md Amin, 91, yang tinggal seorang diri dalam keadaan terbaring di dapur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin Asisten Komisioner Mohd Fadzli Othman, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada jiran mangsa kira-kira 3.54 pagi.

“Warga emas berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan, sebelum dihantar ke Hospital Jasin bagi proses bedah siasat. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, polis menahan suspek warga tempatan berusia 20 tahun di kawasan berhampiran kira-kira enam jam kemudian.

Katanya, suspek yang juga seorang penganggur mempunyai tiga rekod lampau berhubung kes rompak serta samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

–BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved