Wanita warga Thailand antara yang terkorban dalam gempa bumi di Turkiye

9 Feb 2023 • 11:26 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

BANGKOK, 9 FEB: Seorang wanita warga Thailand antara yang terbunuh dalam bencana gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pada Isnin.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Negeri (MFA) Kanchana Patarachoke berkata perkara itu telah dimaklumkan oleh Kedutaan Thailand di Ankara.

“Mayat mangsa ditemukan di bawah runtuhan bangunan di Iskenderun. Kedutaan telah memaklumkan kepada keluarga mangsa dan akan mempercepatkan penyelarasan dengan pihak berkuasa Turki mengenai prosedur yang berkaitan,” katanya pada Rabu.

MFA merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Setakat ini, lebih 8,500 orang terbunuh selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada Isnin.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved