Warden temui pelajar vokasional maut dipukul di asrama, 13 ditahan bantu siasatan

22 Mar 2024 • 9:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pelajar vokasional maut dipukul di asrama apabila ditemui oleh warden sewaktu terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

Ditemui terbaring di lantai asrama

Memetik laporan dari Buletin TV3, pelajar dikenali sebagai Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan ditemui telah meninggal dunia di lantai asrama di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu.

image is not available

Pelajar vokasional maut dipukul, dipercayai kerana salah faham

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP)Rohan Shah Ahmad , siasatan awal mendapati punca berlaku kejadian tersebut adalah disebabkan salah faham antara mangsa dengan beberapa lagi penghuni asrama yang lain.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan mangsa.

“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain.

“Seterusnya mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa,” katanya.

image is not available

Pelajar vokasional maut dipukul, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

Difahamkan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu selepas dibawa ke sana bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Susulan daripada itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh Pengarah kolej berkenaan.

“Kejadian berlaku di bangunan asrama lelaki kolej terbabit dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan satu mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej itu,” katanya.

image is not available

Hasil daripada siasatan awal, pihak polis telah menahan 13 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun serta satu pengecas telefon pintar yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan kejadian tersebut.

Buat masa ini, tujuh saksi bebas masih dikesan untuk membantu siasatan berkenaan kes terbabit.

Rohan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes ini bagi memastikan siasatan polis dapat dijalankan secara terperinci dan telus.

Ujarnya, kes terbabit disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Sumber: Buletin TV3