Warga Ampang boleh salur aduan prasarana di WhatsApp, hotline MPAJ

21 Dec 2022 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 21 DIS: Warga Ampang digalakkan melaporkan aduan berkaitan prasarana menerusi talian WhatsApp dan hotline Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Ahli Parlimen Ampang berkata ia antara cara terbaik melaporkan pelbagai aduan termasuk masalah jalan, lampu dan longkang.

image is not available“Ia boleh dimajukan secepatnya ke Saluran Aduan MPAJ. Boleh terus whatsApp ke talian 019-268 8100, atau hubungi hotline 1800-22-8100.

“Disarankan juga hantar email ke hotline@mpaj.gov.my atau isi borang di aduan.mpaj.gov.my dan dapatkan nombor aduan.

“Selepas itu, pasukan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang boleh rujuk perkembangannya jika ada kelewatan respon,” kata Rodziah Ismail di Facebook hari ini.

Beliau berkata secara asas, pelbagai isu selenggaraan fasiliti awam tertakluk kepada pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Aduan yang diterima akan diambil tindakan segera oleh pihak yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved