Warga Asing Bawa Motor Tanpa Lesen Buat Onar Lepas Langgar Wanita

6 Mar 2024 • 5:36 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Isu lambakan warga asing di dalam negara sering menjadi isu perdebatan. Baru-baru ini satu pertengkaran kecil berlaku di mana seorang lelaki dipercayai warga Pakistan yang menunggang motosikal tanpa lesen terlibat dalam satu kemalangan di Bandar Baru Bangi.

Susulan dari kemalangan itu, lelaki tersebut didakwa tidak ingin mengaku kesilapannya di mana dia telah melanggar seorang wanita warga tempatan.

Berdasarkan video, kelihatan lelaki Pakistan berkenaan cuba mempertahankan dirinya namun tidak dihiraukan malah dimarahi oleh warga tempatan terbabit.

Bagaimanapun, punca serta identiti sebenar mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu belum dapat dipastikan lagi. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung dengan kejadian.