Warga asing bawa parang ditahan di Sandakan

LocalPolitics
30 Apr 2025 • 4:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki mengamuk sambil membawa sebilah parang di sekitar Bandar Indah, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Ahsmon Bajah berkata, sebelum itu pada kira-kira jam 11 pagi, sepasukan anggota dari cawangan rondaan MPV dan URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah menerima maklumat menyatakan terdapat seorang lelaki yang berkelakuan agresif di lokasi itu.

Jelasnya, suspek berusia 27 tahun itu kemudian ditahan dan sebilah parang sepanjang 70cm termasuk hulu turut dirampas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ahsmon berkata, suspek direman sementara kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.