Warga asing disyaki penagih ditahan di Tawau

27 Mar 2023 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Polis menahan seorang warga asing berusia 27 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan penagihan dadah di Kg Kurnia Jaya, Batu 4, pada Sabtu.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan sepasukan polis yang sedang menjalankan Ops Cegah Jenayah di kawasan itu.

Menurutnya, pasukan terbabit terserempak dengan suspek yang mencurigakan dan cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis sebelum akhirnya berjaya ditangkap.

Katanya, pihaknya tidak menemui sebarang barang salah ketika pemeriksaan dilakukan terhadap suspek, namun, lelaki itu mengaku dia mengambil dadah dua hari lalu.

“Hasil ujian saringan air kencing dijalankan ke atas suspek kemudiannya mendapati lelaki itu positif Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

Jasmin berkata, suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tangkapan itu merupakan salah satu usaha polis untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah dan mencegah aktiviti jenayah di daerah ini.

Katanya, pihaknya turut giat memperluaskan lagi kawasan rondaan dan operasi sehingga meliputi kawasan pedalaman sepanjang bulan ramadhan ini.

Beliau berharap usaha itu dapat diteruskan bagi membolehkan penduduk berasa selesa tanpa rasa takut, selain menggalakkan kerjasama dua hala antara polis dan masyarakat.

Dalam masa sama, beliau mahu masyarakat bekerjasama membantu polis dengan menjadi mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat kes-kes jenayah dan dadah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.