Warga asing disyaki tiada dokumen sah ‘bersepah’ di Lembah Jaya, Altimet lapor polis!

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 7:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad atau lebih dikenali sebagai Altimet tampil membuat laporan polis susulan pelbagai aduan penduduk mengenai kehadiran warga asing yang disyaki tidak memiliki dokumen sah di kawasan berkenaan.

Laporan dibuat bertujuan gesa pihak berkuasa siasat dakwaan

Memetik laporan daripada Harian Metro, laporan yang dibuat di Balai Polis Ampang pada pukul 3.17 petang tadi itu bertujuan menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan terdapat pemilik hartanah yang menyewakan premis kediaman dan perniagaan kepada golongan terbabit.

Menurut Altimet, hasil pemantauan susulan aduan penduduk mendapati terdapat beberapa premis yang disyaki disewakan kepada warga asing tanpa dokumen imigresen sah atau memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang tidak sah.

Serah kepada pihak berkuasa untuk siasat

Walau bagaimanapun, Altimet menegaskan pihaknya tidak membuat sebarang tuduhan terhadap mana-mana individu, sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Kami mengesyaki beberapa pemilik hartanah di kawasan kejiranan ini menyewakan premis atau rumah kepada warga asing tanpa dokumen sah atau pemegang kad UNHCR yang tidak sah.
“Kami berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan. Buat masa ini, kami tidak menuduh mana-mana pihak kerana ini hanyalah syak wasangka.
“Kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Image from: Warga asing disyaki tiada dokumen sah ‘bersepah’ di Lembah Jaya, Altimet lapor polis!

Beliau menjelaskan perkara tersebut berkemungkinan membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman terhadap penghuni atau pemilik premis yang membenarkan pendatang asing tanpa izin masuk atau berada di premis mereka.

Bimbang jejas mata pencarian peniaga tempatan

Dalam pada itu, Altimet memaklumkan pihaknya kerap menerima aduan daripada penduduk menerusi WhatsApp, media sosial serta kunjungan ke pusat khidmatnya.

Beliau turut mendakwa kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh warga asing tanpa dokumen sah berpotensi menjejaskan mata pencarian peniaga tempatan.

Inisiatif tersebut turut melibatkan ahli majlis tempatan, ketua kampung, jawatankuasa rukun tetangga dan persatuan penduduk bagi menyokong usaha penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Image from: Warga asing disyaki tiada dokumen sah ‘bersepah’ di Lembah Jaya, Altimet lapor polis!

19 premis kediaman disenaraikan dalam laporan polis

Antara lokasi yang menjadi perhatian susulan aduan penduduk ialah Tasik Tambahan 2 dan 3, Taman Sri Raya, Taman Sri Bayu serta Kampung Ampang Campuran.

Berdasarkan salinan laporan polis berkenaan, sebanyak 19 premis kediaman disenaraikan, membabitkan 16 premis di Taman Sri Raya dan tiga lagi di Taman Tasik, selain beberapa premis perniagaan di Tasik Tambahan yang didakwa dihuni warga asing.

Sumber: Harian Metro (Austin Camoens)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved