Warga asing ditahan disyaki terlibat kes bunuh di Genting Highlands

23 Dec 2023 • 1:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan di sebuah hotel di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata suspek berumur 45 tahun itu ditahan di kawasan berdekatan hotel terbabit pada hari yang sama.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk proses bedah siasat dan siasatan awal mendapati terdapat kesan pergelutan pada tubuh mangsa.

“Mangsa berumur 51 tahun merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai 23 rekod kes jenayah lampau termasuk dadah. Keputusan bedah siasat dijangka diperoleh lewat petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Bernama